my footsteps all way long

my footsteps all way long
afie;before & after

Friday, October 15, 2010

to all ma fellow, while searching an info bout bakun dam,ive just found that these article is really interesting. lets check it out..




- S U A R A O R A N G U L U B E L A G A -

Dua hari lalu saya dan 10 ribu Orang Ulu Bakun-Sg.Asap begitu bersyukur kerana TV2 begitu prihatin mengemukakan permasalahan kami penduduk Bakun-Sg.Asap, melalui dokumentari pendek “Galeri Mandarin Nasional”. Walaupun dokumentari ini hanya memakan masa 10 minit setiap episod. Kami tetap bersyukur kerana hanya dengan cara itu sahajalah permasalahan kami dapat diketengahkan dan seterusnya harapan kami pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk membantu kami segera dan bukan bila menjelang pilihanraya.

Namun kegembiraan kami cuma hanya seketika, apabila hari ini, rancangan dokumentari 10 episod itu telah dihentikan siaranya dengan serta merta. Ketika meminta penjelasan daripada Ketua Pengarah RTM Datuk Ibrahim Yahaya, Datuk Ibrahim memaklumkan bahawa siri dokumentari itu telah tamat (maksudnya dokumentari itu hanya dua episod sahaja). Jelas sekali Datuk Ibrahim Yahaya berbohong kepada saya dan 10 ribu masyarakat Orang Ulu Belaga.Ketika meminta penjelasan lebih lanjut Datuk Ibrahim memaklumkan bahawa beliau sibuk dan sedang bermesyuarat,perbualan kami terhenti disitu sahaja.

Saya mempersoalkan kenapa masalah sebenar rakyat tak ingin didengar oleh pemerintah. Sedang rancangan drama dan hiburan ditayangkan sampai 2 hingga 3 jam. Penting sangatkah slogan “1Malaysia” sehingga semua masa siaran TV,radio dan media cetak hanya melagukan 1Malaysia. Tapi masalah rakyat slot 10 minit pun tak dibenar disiarkan. Kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO dan berjuta-juta ringgit lagi untuk tujuan promosi 1Malaysia. Tapi bila tiba masa pengimplimentasian 1Malaysia. Rakyat diketepikan dan kerajaan memekakan telinga.

Saya mencabar Perdana Menteri Najib Razak. Jika benar 1Malaysia bukan hanya slogan.Menjelang 12.20 tengahari besok dokumentari Bakun-Sg.Asap akan keudara semula, dan besar kemungkinan undi 10 ribu Orang Ulu Belaga akan memihak Barisan Nasional. Tetapi jika tidak, kami terpaksa memilih kepimpinan pembangkang untuk salurkan permasalahan kami.

Dalam waktu terdekat ini, jika kerajaan melalui TV2 masih enggan menyiarkan rancangan dokumentari Bakun-Sg.Asap.Kami seluruh penduduk Bakun akan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan. Pastinya nanti pentas PRK Sibu akan menjadi medan pungutan suara untuk menolak kerajaan Barisan Nasional.

Untuk rekod, kami penduduk Bakun Sg.Asap telah mengemukakan permasalahan kami melalui Deklarasi Sg.Asap pada tahun 2003 kepada KSN pada waktu itu Tan Sri Samsudin Osman dan yang kedua kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Jabu pada 2008. Kedua-dua deklarasi ini masing-masing ditandatangani oleh mendiang Temenggong Talik Lisut (2003) dan Datuk Sri Temenggong Nyipa Batok(2008). Semua ketua kaum turut sama menandatangani dan menyokong deklarasi tersebut. Namun sehingga kini pihak BN masih memekakan telinga.


EPISOD DOKUMENTARI BAKUN-SG.ASAP YANG TELAH DAN BELUM DISIARKAN.

Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)


Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)

Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)

Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)

Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, lah dibatalkan.)

Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)

Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)

Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)

Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)

Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)

No comments: