:: a f i E z i Z 0 u ::
...always believe that dreams come true...
my footsteps all way long
Saturday, October 16, 2010
- top ten tallest building in the wurl -
Friday, October 15, 2010
IPTIM AMAL ISLAMI 2010
i must be da one in da Malaysia books of record..hehe
S.I.I.U.C = K.U.I.S
won second runner-up in malay speech
me and college debate team
IPT ISLAM MALAYSIA (IPTIM) AMAL ISLAMI 2010 CARNIVAL
VENUE : KOLEJ ISLAM DARUL EHSAN,PERAK DARUL RIDZUAN
DATE : 3 - 5 AUGUST 2010
EVENTS : SPEECH (M&W) ( ARABIC,ENGLISH & MALAY)
ISLAMIC CALIGRAPHY (M&W)
HAFAZAN (M&W)
TILAWATUL QURAN (M&W)
NASYEED (M&W)
ZANJI (M&W)
DEBATE
- BAKUN DAM -
Wabak penyakit ‘melioidosis’ atau bakteria disebabkan air dan tanah yang menular di Sarawak dikatakan menjejaskan pekerja di empangan hidroelektrik Bakun.
Namun menurut pegawai daripada Jabatan Kesihatan Sarawak, terdapat pekeliling yang dikeluarkan bulan ini yang melarang mereka daripada mengeluarkan sebarang maklumat berhubung melioidosis.
“Kami menerima arahan daripada pegawai kanan agar tidak mengeluarkan sebarang maklumat bermula bulan ini, walaupun beberapa bulan sebelum ini, kami juga tidak keluarkan sebarang kenyataan,” katanya sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan sebab larangan itu.
Bagaimanapun Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata beliau tidak dimaklumkan berhubung sebarang larangan itu.
Permohonan bertulis
Seorang pegawai di Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit juga menafikan berhubung larangan itu tetapi berkata sebarang maklumat akan hanya diberikan jika ada permohonan bertulis.
Wabak itu menarik perhatian apabila pada 10 Julai lalu, enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat Maran, Pahang meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu.
Semua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah). Kejadian itu menyaksikan kawasan rekreasi itu ditutup dan dibersihkan oleh pelbagai agensi kerajaan. Lebih menggemparkan lagi apabila dua hari lalu, seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Jengka yang terlibat dalam operasi itu menjadi mangsa terbaru.
Malaysiakini menghubungi Jabatan Kesihatan Sarawak bagi mendapatkan perangkaan berhubung dakwaan wabak itu juga mungkin menular di kalangan pekerja pembinaan di empangan Bakun.
Bakun: Sembilan mati, 50 dijangkiti.
Menurut seorang pegawai pengurusan bagi satu daripada sub-kontraktor projek berkenaan, sebahagian daripada pekerja di situ dijangkiti sejak projek itu bermula. Pegawai yang tidak mahu dikenali itu melahirkan kebimbangannya kerana mendakwa beliau mempunyai maklumat berhubung sembilan orang yang telah meninggal dunia akibat dijangkiti sejak setahun lalu.
Katanya lagi, dia menjangkakan tidak kurang 50 lagi pekerja di syarikatnya telah pulih selepas menerima rawatan sepanjang tempoh yang sama. Kebanyakan pekerja adalah rakyat asing dan mereka lazimnya dihantar pulang selepas dirawat kerana syarikat tidak mahu mengambil risiko kebimbangan penyakit itu menular. Penyakit itu dilaporkan boleh kembali walaupun mereka yang telah dirawat itu telah pulih.
Dakwanya lagi, majikannya telah menghantar pulang 10 pekerja atas sebab berkenaan sepanjang tahun lalu dan ada juga yang dihantar pulang tanpa rawatan. “Pekerja yang mati tidak menerima rawatan pada peringkat permulaan kerana mereka tidak melaporkan yang mereka sakit. Ini kerana mereka bimbang akan dihantar pulang,” katanya.
Pekerja-pekerja terbabit dipercayai terdedah kepada jangkitan ketika menjalankan tugas-tugas menggerudi tanah. “Saya bimbang ini akan berterusan dan menular kepada pekerja di empangan Murum,” katanya.Beliau juga mendakwa dua orang kini terlantar di unit rawatan intensif (ICU) di hospital Bintulu, termasuk seorang penduduk kampung masyarakat Belaga yang dipindahkan berikutan pembinaan empangan itu. (Dipetik dariapada Portal Berita Malaysiakini)
- S U A R A O R A N G U L U B E L A G A -
Dua hari lalu saya dan 10 ribu Orang Ulu Bakun-Sg.Asap begitu bersyukur kerana TV2 begitu prihatin mengemukakan permasalahan kami penduduk Bakun-Sg.Asap, melalui dokumentari pendek “Galeri Mandarin Nasional”. Walaupun dokumentari ini hanya memakan masa 10 minit setiap episod. Kami tetap bersyukur kerana hanya dengan cara itu sahajalah permasalahan kami dapat diketengahkan dan seterusnya harapan kami pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk membantu kami segera dan bukan bila menjelang pilihanraya.
Namun kegembiraan kami cuma hanya seketika, apabila hari ini, rancangan dokumentari 10 episod itu telah dihentikan siaranya dengan serta merta. Ketika meminta penjelasan daripada Ketua Pengarah RTM Datuk Ibrahim Yahaya, Datuk Ibrahim memaklumkan bahawa siri dokumentari itu telah tamat (maksudnya dokumentari itu hanya dua episod sahaja). Jelas sekali Datuk Ibrahim Yahaya berbohong kepada saya dan 10 ribu masyarakat Orang Ulu Belaga.Ketika meminta penjelasan lebih lanjut Datuk Ibrahim memaklumkan bahawa beliau sibuk dan sedang bermesyuarat,perbualan kami terhenti disitu sahaja.
Saya mempersoalkan kenapa masalah sebenar rakyat tak ingin didengar oleh pemerintah. Sedang rancangan drama dan hiburan ditayangkan sampai 2 hingga 3 jam. Penting sangatkah slogan “1Malaysia” sehingga semua masa siaran TV,radio dan media cetak hanya melagukan 1Malaysia. Tapi masalah rakyat slot 10 minit pun tak dibenar disiarkan. Kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO dan berjuta-juta ringgit lagi untuk tujuan promosi 1Malaysia. Tapi bila tiba masa pengimplimentasian 1Malaysia. Rakyat diketepikan dan kerajaan memekakan telinga.
Saya mencabar Perdana Menteri Najib Razak. Jika benar 1Malaysia bukan hanya slogan.Menjelang 12.20 tengahari besok dokumentari Bakun-Sg.Asap akan keudara semula, dan besar kemungkinan undi 10 ribu Orang Ulu Belaga akan memihak Barisan Nasional. Tetapi jika tidak, kami terpaksa memilih kepimpinan pembangkang untuk salurkan permasalahan kami.
Dalam waktu terdekat ini, jika kerajaan melalui TV2 masih enggan menyiarkan rancangan dokumentari Bakun-Sg.Asap.Kami seluruh penduduk Bakun akan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan. Pastinya nanti pentas PRK Sibu akan menjadi medan pungutan suara untuk menolak kerajaan Barisan Nasional.
Untuk rekod, kami penduduk Bakun Sg.Asap telah mengemukakan permasalahan kami melalui Deklarasi Sg.Asap pada tahun 2003 kepada KSN pada waktu itu Tan Sri Samsudin Osman dan yang kedua kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Jabu pada 2008. Kedua-dua deklarasi ini masing-masing ditandatangani oleh mendiang Temenggong Talik Lisut (2003) dan Datuk Sri Temenggong Nyipa Batok(2008). Semua ketua kaum turut sama menandatangani dan menyokong deklarasi tersebut. Namun sehingga kini pihak BN masih memekakan telinga.
Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)
Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)
Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)
Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)
Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, lah dibatalkan.)
Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)
Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)
Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)
Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)
Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)
Sunday, July 11, 2010
:: qurterfinal ::
Saturday, July 10, 2010
just read it...
Kegemilangan Dan Keruntuhan Andalus
Daripada Berita Harian Online, 20 April 2008.
Tajuk: Ulul Albab
“ Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat “,
(Permusuhan, Kesenangan Serta Kecintaan Terhadap Dunia Faktor Keruntuhan Kerajaan Islam Di Sepanyol ) [oleh Abdurrahman Haqqi ]
MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki." Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun. Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan
keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah
Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka.
Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu. Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan
dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka
keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan
yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.
Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan. Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh- sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya. Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: "Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya." Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir
Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya. Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka
membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh. Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani 'Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya. Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar 'jizyah' tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian. Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam 'menghidupkan' Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu. Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a'lam.
INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.
FAKTA :
§ Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
§ Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
§ Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
§ Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.
Diedit untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial. Dari Berita Harian 20 April 2008, http://www.bharian.com.my